Panduan Buat Website Mudah

Nak Belajar Buat Website Sendiri?

disediakan oleh SyedShaffizan


Siapa diantara anda yang nak belajar buat website atau blog sendiri, tapi masih lagi tak tahu caranya? Memang ada panduan cara buat blog di luar sana, tapi kebanyakannya hanya untuk panduan cara buat yang percuma, bukan berbayar. Dan kalau ada pun, panduan itu bukanlah TERPALING LENGKAP!


Kenapa tak TERPALING LENGKAP? Sebab panduan cara buat website sahaja tak guna kalau kita tak tahu selok belok yang lainnya.


Contoh:

  • cara nak pilih niche blog bagaimana
  • cara nak pilih domain dan hosting yang sesuai
  • mungkin juga nak tahu cara buat duit dengan website macam mana
  • cara nak buatkan blog kita dapat ramai orang tengok bagaimana ( cara promosi )
  • cara nak pasang google analytics untuk tahu siapa yang masuk ke website kita
  • cara nak setup payment system untuk terima bayaran dari website pula bagaimana!


Atau mungkin anda sudah ada perniagaan sendiri. Cuma nak buatkan website perniagaan sahaja.

  • mungkin ada homestay, so nak buat website homestay
  • mungkin anda ada bisnes untuk tuisyen
  • nak buat website jual kereta
  • agent insurance nak buat website
  • nak buat website untuk klinik
  • lawyer firm sendiri
  • atau ada diantara anda yang macam saya juga, jadi agent hartanah , pun boleh juga.

Sebelum tu, biar saya kenalkan diri dahulu!

Boleh panggil saya Shaffizan sahaja. Rasanya 2024 ni adalah tahun ke 16 saya belajar perniagaan online. Belajar buat blog pula sejak 2010. Kiranya ada jugalah 14 tahun buat website ni. Tapi bukanlah saya terpaling RETI. Sebab nak buat blog sendiri atau nak buat website ni bukanlah susah mana pun sebenarnya.

Lagipun, software yang kita akan gunakan untuk buat website nanti ialah WORDPRESS. WORDPRESS ni memang dah terkenal sangat dah sebenarnya untuk buat website. Ikutkan kepada perkongsian orang lain juga, jumlah website yang guna wordpress cecah 43% dalam tahun 2024, atau 472 juta websites.

Bayangkan, daripada total 1.09 billion website, 43% daripadanya menggunakan WORDPRESS.

Padanlah pun, nak buat website wordpress ni memang lebih MUDAH . Kalao anda minta orang lain tolong buat, boleh jadi dalam RM 850 untuk satu blog biasa. Sedangkan, kalau anda rajin, nak belajar buat blog biasa macam tu dalam sehari sahaja sudah boleh siap.

Memang MUDAH , tersangat MUDAH.

Lebih mudah, sebab panduan buat blog yang saya keluarkan ini harapannya akan buatkan pembelajaran anda lebih lengkap dan lebih mudah faham.

Sebab panduan ini, bukan sahaja mengajar cara buat blog, tapi ada 14 Modul Penting yang mesti anda tahu kalau nak serious nak faham dalam pembinaan website.

Ini dia, 14 Modul yang saya maksudkan!

Modul 1 - Apa Itu Wordpress
Kita bagi intro sikit apa itu Wordpress. Kenapa Wordpress ni ramai orang guna berbanding dengan software buat website yang lain. Apa itu plugin, plugin apa yang biasa website owner guna untuk buat website.

Modul 2 - Step By Step Setup Wordpress
Modul 1, kita dah faham apa itu wordpress. Modul 2, saya akan terus tunjukkan cara beli domain, cara beli hosting, cara setup wordpress semua. Sampailah website atau blog anda siap. Bukan itu sahaja, saya juga akan tunjukkan banyak lagi function atau feature lain yang ada pada website lengkap. Kiranya, website yang saya tunjukkan nanti, bukanlah tangkap muat sahaja.

Modul 3 - Pemahaman Domain dan Hosting
Ikutkan kita kena faham modul 3 dahulu, apa itu domain, cara nak pilih domain, cara nak pilih hosting, apa itu bandwidth semua. Tapi saya sengaja letakkan bahagian ini modul 3.

Supaya anda dah dapat overview cara buat website itu macam mana di Modul 2. Dan harapnya di Modul 3 ni, anda akan lebih mudah faham apa yang kita buat di modul 2.

Modul 4 - Pengenalan WP-Admin
WP-Admin ni dashboard wordpress. Di Modul 2, anda sepatutnya sudah faham dengan apa yang saya buat. Tapi di Modul 4 ni, kita pergi lebih detail, dan satu persatu. Saya akan ceritakan setiap function yang ada.

Modul 5 - Plugin dan Theme
Plugin dan Theme ni adalah nadi kepada wordpress. Ini sebab utama kenapa orang suka guna wordpress. Sebab ia mudah, function atau template apa semua sudah tersiap. Kita cuma perlu pilih > install > setting sahaja. Disini saya akan tunjukkan plugin penting yang mesti ada install.

Modul 6 - Pemahaman SEO dan Traffik
Tak guna ada website, kalau tiada orang tengok kan? SEO adalah salah satu teknik promosi website. Rugilah, kalau ada website, tapi main SEO sekali. Orang kata, sekali harung sahaja pun.

SEO ni best, sebab ianya bersifat intent marketing. Nanti saya ceritakan. Kita tak pergi terlampau detail tentang teknik semua, sebab ini bukan panduan SEO. Tapi anda akan lebih mudah faham dan boleh terus apply dengan apa yang saya sampaikan.

Modul 7 - Apa Yang Google Harapkan!
Sebenarnya, Google ada sendiri tutorial jenis website yang macam mana Google suka. Seperti contoh, mesti ada menu, mesti ada privacy policy semua. Ada sebab kenapa Google nak kita buat, dan dah pasti ada manfaatnya. Kita akan go thru sama sama course yang Google sediakan.

Modul 8 - Security dan Backup
Ya, website ni ada yang kita kena jaga security dan buat backup sendiri. Tapi mudah sahaja, cuma kena tahu cara guna plugin yang betul. Kalau anda masih baru memang akan masalah sebab terpaksa belajar sendiri. Tapi saya ni dah 10 tahun buat blog.

Itu sebab panduan ni ada, untuk percepatkan proses pembelajaran anda.

Modul 9 - Cara Nak Lajukan Website
Rasanya sejak 2018, Google sangat tekankan untuk website yang diindex dalam search engine Google mesti laju websitenya. Jangan slow sangat, nanti pelawat website anda menyampah, sales pun dah pasti akan drop.

Cuba bayangkan kalau shopee tu ambil masa 5 hari nak add to cart? anda beli? [ contoh 5 hari sahaja, saya tahu saya dah lebih lebih ]

Modul 10 - Mobile Friendly
Sejak 2015, Google clearly bagi tahu. KAMU KENA BUAT WEBSITE YANG MOBILE FRIENDLY kalau nak ranking tinggi di Google. Ini adalah salah satu faktor SEO sebenarnya. Tapi jangan pandang SEO sahaja, sebab kalau anda jual produk, tapi rupa website anda di telefon tak tersusun dengan elok.

Agak agak akan jejaskan orang masuk ke website tak? sales pula akan naik atau turun? Kena pandang mobile friendly pada website ni. Itu sebab saya beri focus khas untuk ada juga modul ni. Lagi lagi nanti bila dah ada website, 80% pelawat anda adalah yang view daripada smartphone.

Modul 11 - Tracking dan Analytics
Bahagian ni penting untuk kita tahu siapa, dari mana, platform apa, berapa lama pelawat itu datang ke website kita. BIla kita dah tahu, dan memang kita pun buat website untuk perniagaan, lagilah sangat berguna. Sebab daripada berapa banyak sale kita dapat ditentukan pula berapa banyak orang yang masuk ke website kita.

Modul 12 - Data Analysis
Bila nak setup website, akan ada try and error method untuk anda tentukan sesuatu. Saya akan terangkannya dalam bahagian ini.  Ini sebagai maklumat tambahan sahajalah, untuk bagi tahu dengan website, kita mampu berikan data semacam yang saya bagi tahu dalam modul ni.

Dalam bahagian ni, anda akan faham, kenapa sesetengah website letak 'Buy' button berbanding dengan 'Add to cart' contohnya. Semua ini bukan secara tak sengaja di ubah. Sebaliknya ada data, ada result yang menyokong. 

Modul 13 - Cara Buat Duit Dengan Blog
Ya, mana yang sudah ada perniagaan, silakan. Mana yang rasa nak belajar buat website sebab hobi ni saya cukup geli mendengarnya. Sampai bila hobi akan bertahan kalau tak menghasilkan duit? 

dan Modul 14 yang terakhir - Cara Setup WP Business
Modul ni special sikit, saya kongsikan kalau kita nak mulakan satu satu business dengan website ni. Apa yang kita perlu ambil kira, lebih kepada research. Supaya bidang atau keuntungan, atau sales yang kita nak kejar BOLEH MENGHASILKAN DUIT.

Bukannya ibarat anda pejam mata, terus beli domain, terus setup website. Sebaliknya ada research yang kita mesti buat dulu.

Banyakkan? Memang banyak, sebab niat saya nak bagi faham sampai setel. Bukan faham sikit sikit, lepas tu putus asa dalam blogging. Kenapa website makin lama makin banyak? Dah pasti ada manfaatnya, baik dari segi kemudahan pada orang lain, dan juga keuntungan yang diraih.



Sebelum anda buat keputusan untuk dapatkan panduan ni. Saya nak kongsikan juga, 5 kelebihan utama Panduan Buat Blog 2.0 saya ni.



5 KELEBIHAN UTAMA
KALAU ANDA DAPATKAN PBB 2.0 HARI INI


Panduan 100% Video
Ya, jangan penat sengkangkan mata untuk tengok EBook dah lepas ni. Saya akan buat 100% video, kualiti video pun bagi saya dah tersangat baik supaya setiap apa yang saya tunjuk sangat sangat clear.

Bukan Live
Panduan ni bukannya LIVE, kiranya anda tak perlu setkan satu masa untuk tengok. Bila dah beli, anda bebas nak ikut masa sendiri untuk belajar. Boleh play bila bila sahaja video yang saya buatkan.

Siap dengan 14 Modul
Saya dah cakap sebelum ni, saya nak cakap lagi. Kalau anda tahu buat website, tapi tak tahu 13 modul yang lain, atau anda terpaksa belajar satu persatu, Google satu persatu, fahamkan semula semuanya. Mesti letih. Silap silap tersalah faham terus. Tapi panduan ni special. Saya paksakan diri untuk buat juga, sebab ianya memang penting dan tersangat memudahkan orang yang nak belajar.

Bertahun tahun saya belajar buat website, website saya pun dah pernah kena hack 2x, website saya pun sampai dah pernah ban dengan Google. Pasti ada manfaatnya, kalau semuanya saya ceritakan dalam satu 'bumbung'. Berbanding anda terpaksa belajar sendiri yang dah pasti akan ambil masa.

FREE Support 3 bulan
Website ni, sehari sahaja pun boleh siap. Cuma kalau nak mahir tu memang dalam 1 atau 2 minggu. Tapi saya buatkan support ni sampai 3 bulan. Anda tanyalah apa sahaja, InsyaAllah saya jawab.

Potensi Perniagaan Online
Banyak sebenarnya, kawan kawan kita yang kena scam semata mata nak berjaya bisnes online. Bisnes online macam bisnes fizikal juga, kalau tiada kedai, nak berniaga macam mana. dan di dunia online, website inilah kedai kita. Kalau anda serious dengan perniagaan online, modul 13 dan 14 adalah yang paling patut tengok.



Bukan itu sahaja, dengan pembelian anda HARI INI, saya juga nak bagi BONUS LAIN MACAM sebagai tanda ARIGATO!!



5 BONUS LAIN MACAM

Bonus 1 - Cara Buat Landing Pages
Bila ada website mesti ada landing pages, atau sales pages atau squeze page. Seperti yang anda baca sekarang ini-lah. Saya tunjukkan cara nak buat. Ia tak macam cara buat website, sebab nak buat landing pages ni macam berliku sikit. Tapi tak apa, benda boleh setel.

Bonus 2 - Setup Email Marketing
Ya, kita akan gunakan email marketing dari MailerLite atau MailChimp untuk setup pada website kita. So nanti autoresponder system akan automatically hantar email pada subscriber website kita.

Bonus 3 - Wp Theme
Nantikan, bila website dah siap. Anda mesti akan pening dengan template apalah nak guna. Sebab pilihan terlampau banyak, akan ada sahaja hati kita yang tak puas hati. Itu sebab pengalaman saya main peranan disini (gitu).

Saya nak kongsikan antara wordpress theme yang saya guna. Yang dah pasti sangat sangatlah memudahkan saya. Anda boleh copycat sahaja apa yang saya buat.

Bonus 4 - Cara Setup Payment Gateway
Maksudnya, bila anda ada produk yang nak dijual. Saya akan tunjukkan cara nak terima bayarannya. Ikutkan kena ada SSM. Tapi tak apa, kalau tiada pun boleh. Saya akan tunjukkan cara setup Toyyibpay dan Billplz.


Berapa Harga Panduan Ini?

Sebelum tu, saya nak ucapkan terima kasih. Sebab banyak juga penerangan saya kalau nak dikira dari atas tadi. Andai kata anda memang baca sampai sini, saya percaya sebenarnya anda ni sangatlah berminat dengan Panduan Buat Blog 2.0 ni. Panduan ni harganya RM80

Tapi sekarang ni, masih lagi dalam tempoh pelancaran. 20hb baru anda boleh login dan boleh mula belajar. Dan pada 22hb insyAllah kita akan mulakan jualan pada harga sebenar RM80. Tapi jika anda berminat untuk dapatkan produk ni sekarang, kira orang kata CHOP Awal.

Saya nak bagi coupon JIMATRAYA bernilai RM50.

Hanya perlukan masukkan coupon code JIMATRAYA di ruangan tuntutan coupon code dibawah.

*JANGAN BIMBANG! Panduan ini disertakan juga dengan moneybackguarantee. Wang anda akan dikembalikan jika produk yang saya keluarkan ini tidak menepati syarat atau anda tak jelas pun dengan apa yang saya kongsikan.

**Selepas pembelian, jangan lupa alert dengan email atau whatsapp yang sistem akan hantar sebagai pengesahan pembelian. Seterusnya pada 20hb nanti, minta alert dengan email untuk access tutorial penuh.

Terima Kasih
Syed Shaffizan
Marketing Enthusiast


Perhatian! Sila lengkapkan borang di bawah.

Ruangan yang wajib diisi

BUTIRAN PEMBELIAN

Produk Kuantiti Harga (RM)
Panduan Buat Blog 2.0
JUMLAH

Kupon Diskaun

Masukkan kod kupon di bawah (jika ada) dan tuntut!

JUMLAH KESELURUHAN (RM)
Caj Perkhidmatan Peniaga (RM)

BUTIRAN PELANGGAN

BUTIRAN PEMBAYARAN


PENGESAHAN